Delay..delay..cancel T.T


Assalammualaikum...

Happy new year 2013 to all <3

Tengah syok2 berdengkur, tiba2 aku terjaga pukul 4am sebab rasa panas pula. Siapa yang tutup aircond nih?? Sambil mamai2, aku pon bka msg kat henset sambil baca2 msg tahun baru. Then, tiba2 pula ade notification bagitau flight pukul 9.45am cancel then kena naik flight pukul 2.55pm. Aku ingatkan sape buat lawak pagi2 tahun baru ni. Laa..airasia pula.

Masa tu hilang terus rasa mengantuk, lebih2 lagi tengah memerah otak macamana nak setel problem nih sebab flight dr lcct ke kbr pukul 3pm. Mana la sempat nak sampai lain la kalau naik kapal terbang berkuasa turbo ke...~

Walaupape pon, alhamdulillah aku tetap bersyukur sebab akhirnya dapat jugak aku menghirup udara di negeri cik siti wan kembang ni walaupon hidung aku tak berapa nak kembang sebab masih rindukan nenek, ayam, kucing, puppy, and family aku kat rumah. Oleh itu, aku mesti tabah..tabah..isk isk..dan..tabah...
Uwaaaa..nak balik!! >_<

Kalau tau awal2 flight pagi cancel, kena naik flight petang, mungkin tepat 12am kelmarin itu aku sedang berseronok sakan bermain air dengan kazen2 giler2 lepas tu karaoke sambil makan bbQ. *telan air liur
Well, family besar aku ni unique sikit. Memang 1Malaysia sebab tu bole sambut macam2 perayaan. =)

Oleh kerana aku baharu saja siap menguruskan najis2 cicak durjana dan habuk2 bakteria yang telah bermaharajalela sepanjang cuti kuliah, maka aku ingin mengundurkan diri untuk tidur dengan sesuka hati. Sebelum itu, aku ingin memohon maaf sekiranya terdapat terkasar bahasa atau kesalahan vocabulary sepanjang tahun 2012. Semoga tahun baru 2013 ini memberi semangat baru untuk aku menghabiskan azam tahun lepas yang tak kesampaian lagii..huhu Dan harap2 la malam ni bole mimpi makan kfc ke laksa penang ke kerana en.gastrik aku sedang berlatih aerobik di dalam perut akibat menahan lapar yang amat. Sakit amat deh~ >_<

Selamat tidur dan bermimpi semua u_u

Thanks for reading this entry =)

0 comments:

Post a Comment

 

kawaiiblog | NET-TEC Internetagentur of Kaminofen Bausatz. Stahltreppen of Brautmode.
Bintang keadilan?-Libra©2008
KawaiiBlog Template For Blogger - Modified by Themerious