Imperfection~


Berita pukul 8 malam tadi ade bagitau pasal banjir kat negeri2 di semenanjung Malaysia. Tetapi aku lebih fokus bila keluar gambar banjir kat bandar tempat aku study. Fuhh macam empangan yang nak masuk air. Simpati dengan nasib warga penduduk di situ walaupon mereka dah biasa dengan keadaan banjir, tapi kalau dah melebihi paras bahaya memang bole merugikan laa. Terutamanya keselamatan anak2 belum terjamin. Padahal kalau kat tempat aku dulu, baru banjir sampai buku lali dah hepi sebab terbayang berenang2 dalam kolam renang sebesar halaman rumah. Yalah, selalunya tanak@anak kampung macam aku mandi dalam parit atau pun sungai2 cetek aja. Masa tu memang tak pernah terfikir pon betapa berharganya nyawa sendiri.
huhuhu

Tapi sekarang ni aku bukan nak cakap pasal banjir tapi nak kongsi sikit pengalaman krismas kali ini. Memandangkan minah bintang aqua tu (bestfriend) terlalu sibuk mencuci mata di kL and tak dapat join krismas tahun ni, so aku dapat rasakan satu kekurangan di situ. Walaubagaimanpon, aku tetap rasa hepi and enjoy cuz i had to see my long lost friend after 2 years bintang saggitarius tu menghilang. Cis, memang nak makan peluru berpandu betul! Walaupon tidak ada lagi pengembaraan sesat di kampung orang dan kereta masuk lumpur, tetapi aku masih bole tersenyum sambil mengutuk diri sendiri kerana hampir selalu memalukan diri sendiri di depan geng2 bas skola.
Pada awalnya aku merancang untuk meraikan krismas ke rumah kawan2 tetapi entah macam mana aku boleh end up duduk di belakang 4x4 wheels sambil memakai heels 5inch ke sungai untuk mandi manda =_=' See? Oleh itu, untuk mencoverkan diri daripada terus berasa malu aku pon terus menerus menelan angin sewaktu duduk di belakang kereta itu. (sekarang perut sudah jadi buncit)

Well, im pretty sure semua orang pon pernah mengalami kejadian2 pelik yang hampir memalukan diri sendiri. Tapi aku hairan kerana semua perkara pelik yang berlaku disebabkan ke-ter-over-an  dan salah sendiri. Well, lemme tell u, aku pernah memakai gaun princess dengan tudung ala2 yuna di saat semua orang hanya memakai baju tshirt biasa semasa menyambut krismas tahun lepas, memakai make up tebal2 dan fake eyelashes untuk ke kelas 1 jam dan akhirnya diberitahu kuliah dibatalkan, bersungguh2 meng-ayu-kan diri dihadapan camera man sewaktu menjadi pengapit salah seorang rakan dan akhirnya baru la menyedari bahawa terlupa zip tepi baju kurung setelah diberitahu keluarga pengantin (itu pon setelah gambar tersebut dicuci), memakai heels 7 inch walaupon hanya ke pasar, and berdiri dihadapan cermin sambil me-mix-and-match baju +sluar+tudung but lastly end up dengan memakai baju kelabu, sluar slack, dan tudung hitam (seperti biasa).
Wait..what is wrong with me? Pernah sekali aku dengan konfidennya aku memberitahu mr.1 yang 18 bahagi 2 = 6..what the? Nasib baik aku pantas meng-cover dengan memberi alasan bahawa aku tersilap 18 bahagi 3 = 6. Mr.1 yang berada dihujung talian hanya meng'iya-kan alasan aku walaupon kemungkinan beliau sedang tersenyum lebar sambil menahan ketawa.

Tapi, macam puan besar aka bonda tersayang aku bilang, syukur laa ade jugak orang yang bole menerima kelebihan dan kekurangan diri kita. Sebab tu aku selalu berterima kasih dengan mr.1 sebab dy sentiasa steady je walaupon kekurangan aku lebih menyerlah berbanding dengan kelebihan. Thank u papa :3

Sudah lapar ni..mari makan, makan, dan gemuk :3

Thanks for reading this entry =)

0 comments:

Post a Comment

 

kawaiiblog | NET-TEC Internetagentur of Kaminofen Bausatz. Stahltreppen of Brautmode.
Bintang keadilan?-Libra©2008
KawaiiBlog Template For Blogger - Modified by Themerious