My everyday routine


Assalammualaikum...ada orang tak?

Setiap hari gue akan berjalan kaki sepantas yang boleh untuk ke kelas walaupun gue amat yakin cik/puan/encik pensyarah sudah pun memulakan 15minit ucapan alu-aluan di dalam kelas. Dan seperti biasa, sebelum masuk ke kelas gue akan membuat muka 'saya tidak bersalah' sambil memberikan senyuman ubat gigi kayu sugi kepada cik/puan/encik pensyarah tersebut. Sekiranya terdapat anugerah pelajar paling lewat bagi setiap wakil kelas, maka sudah tentu nama gue akan dicalonkan tanpa sebarang bantahan daripada mana2 pensyarah atau pun pihak HEP.

Di dalam kelas pula, gue COBA memberikan tumpuan terhadap subjek yang di ajar walaupun sepanjang masa gue habiskan dengan berbincang mengenai isu semasa (gosip) bersama rakan sekelas, berSMS, makan gula2, tidur,  check SMS dan tidur.. Well, at least gue menCOBA ya.

Pada sebelah petang selepas waktu kuliah, inilah masanya gue merehatkan otak dan minda yang hampir kejang dengan maklumat yang terlalu banyak untuk di digest. Oleh itu, gue akan memastikan tidak ada sebarang buku atau nota berkeliaran kecuali bantal dan katil di hadapan mata.

Dan seperti biasa, gue akan menunggu panggilan dari Mr.1 bermula 1.45pm selepas waktu kerja kecuali sekiranya terdapat beliau terpaksa menghadiri mesyuarat di waktu petang. Ciss~

Mempunyai bilik single sendiri tanpa seorang roomate sememangnya awesome gila (pada awalnya) tetapi setelah itu gue dapat merasakan seperti seorang loser yang kesepian. oh noo~



ohmykambing~


Dan kegiatan gue seharian di dalam bilik selain daripada benda2 basic yang seharusnya dilakukan oleh seorang manusia adalah, makan, tidur, makan, tidur, dan tidur. Well, tidak ada apa yang perlu dihairankan kerana di bilik itu tidak ada sesiapa melainkan tuan empunya bilik (gue) ditemani cicak2 yang entah sudah berapa keturunan bermaharajalela di situ. Malah gue jugak sudah biasa bersandiwara dengan dinding batu dan bantal peluk. Yess, they are indeed a good listeners. Sob sob *touching

Begitu lah kehidupan aku setiap hari. Yes, life as a student sememangnya mencabar, selalunya boring tahap gaban dan kadang-kala rasa ohsem gila (musim dapat elaun). Especially student perantau macam aku ni. Sejujurnya dan seikhlasnya aku mengaku teramat lah jeles setiap kali melihat student2 lain berjalan lenggang kangkung balik ke rumah masing2, malah siap tunjuk muka bangga sambil salam cium tangan mak bapak bila nak balik asrama. Ciss~
Sedangkan aku, bukan nak setakat cuti hujung minggu aje, kadang2 cuti semester dan cuti hari raya pun tak dapat balik rumah disebabkan masalah jarak dan kewangan. Uwaaa >_<

Cubalah kau tunjuk balak hensem lagi macho terhangat di pasaran kat aku, well seciput pon aku tak rasa ape2 mahupun jeles. Tak pun kau tunjuk result exam lebih tinggi daripada aku, sikit pon aku tak goyah. Cubalah kau campak duit berjuta2 depan aku, aku cuma angkat kening ziana zain sambil pelan2 kutip duit tu masuk poket. Tapi bila kau bagitau parents nak datang amik, pastu bawa makanan air tangan mak sambil tunjuk hidung kembang, gue rasa nak bagi pelempang laju2 aje...ciss~ oh mama!~ T.T

Aku rasa sampai sini aje la dulu. Nak call bonda terchenta dulu. OH yeahh~~



Yang paling cerah dan chantek tengah2 tuu bonda terchenta. Diapit oleh puteri2 nakal beliau.
Gue yang mana 1? ahaha


Note: Sebarang kesalahan tatabahasa adalah disengajakan dan telah diluluskan oleh tuan punya belog. TROLOLO


Thanks for reading this entry =)



0 comments:

Post a Comment

 

kawaiiblog | NET-TEC Internetagentur of Kaminofen Bausatz. Stahltreppen of Brautmode.
Bintang keadilan?-Libra©2008
KawaiiBlog Template For Blogger - Modified by Themerious