Hujan lagi~


0 comments

Assalammualaikum..

Dah 2 hari hujan hujan season melanda negeri cik siti wan kembang ni. Aku pon ape lagii..time2 macam ni la memang favourite part aku untuk bercanda dan bermanja dengan selimut tebal dan bantal kecayangan..mmuahh mmuuaah! (phuuihh) Lagi2 cuti hujung minggu..nah! apa lagi bahh~

Aku ni bukan suka sangat kalau musim hujan, jenuh la nak tunggu kain kering dekat ampaian. Kalau kering pon, bila pegang mesti rasa sejjjukk jer kain tu, pastu bau masemmm. Bila masa softlan bau masemm nih? Lagi2 aku ni spesies tak tahan sejukk. Kadang2 tengah hari lepak dalam bilik pon leh rasa sejuk, kipas pon tak pernah lebih dari kelajuan 1 kalau nak tidur. Padahal kalau kat rumah tu, kipas tu sentiasa berpusing 24jam tanpa maaf sebab waktu malam pon rasa panas..ish2

Penah aku naik keta ngan mr.1, kejap2 aku turn on aircond keta, kejap2 off. Aku tengok mr.1 rileks jer drive keta ngn penuh cermat maka aku pon ambil kesempatan untuk bermain2 butang aircond keta beliau. Mungkin dalam hati, beliau rasa nak turunkan aku tapi sape nak jadi co-pilot kat sebelah kalau aku takde? ececeh~ phuuihh
Sebab tu la setiap kali musim hujan, aku memang tak buka kipas langsung kat bilik. Kecuali waktu nak tidur. Sebab nyamuk2 di sini sangat la kebal walaupon kau dah sembur dengan ridsect or shieldtox dsb. ciss~

Lagi2 time2 sejuk macam ni la, selera makan aku mengada2. Nak makan yang panas2 jer.  Lepas tu kalau nak bungkus makanan pon mesti nak yang masih fresh2 panas lagi, sebab kalau dah sejuk amat la tidak seronok untuk makan di bilik. Tak boleh minum air sejuk nanti kembung perut kononnya. Kecuali ice blend chocolate + black pearl  dekat coolblog kerana ianya satu kewajipan untuk membeli minuman fav aku walaupon pada waktu hujan. Tapi sekarang ini, aku coba mengawal selera dinosaur ini daripada bermaharajalela. Ini betul2..bukan COBAAN~ hehe

Okehh gue harus makan sekarang. Menu? Oat sajee..hee Harus bijak mengawal dinosaur opps selera makan agar mr.1 tak terkezutt kalau saiz jari aku lagi besar dari dia bila nak pilih cincin tunang. trololo

Thanks for reading this entry =)

My everyday routine


0 comments

Assalammualaikum...ada orang tak?

Setiap hari gue akan berjalan kaki sepantas yang boleh untuk ke kelas walaupun gue amat yakin cik/puan/encik pensyarah sudah pun memulakan 15minit ucapan alu-aluan di dalam kelas. Dan seperti biasa, sebelum masuk ke kelas gue akan membuat muka 'saya tidak bersalah' sambil memberikan senyuman ubat gigi kayu sugi kepada cik/puan/encik pensyarah tersebut. Sekiranya terdapat anugerah pelajar paling lewat bagi setiap wakil kelas, maka sudah tentu nama gue akan dicalonkan tanpa sebarang bantahan daripada mana2 pensyarah atau pun pihak HEP.

Di dalam kelas pula, gue COBA memberikan tumpuan terhadap subjek yang di ajar walaupun sepanjang masa gue habiskan dengan berbincang mengenai isu semasa (gosip) bersama rakan sekelas, berSMS, makan gula2, tidur,  check SMS dan tidur.. Well, at least gue menCOBA ya.

Pada sebelah petang selepas waktu kuliah, inilah masanya gue merehatkan otak dan minda yang hampir kejang dengan maklumat yang terlalu banyak untuk di digest. Oleh itu, gue akan memastikan tidak ada sebarang buku atau nota berkeliaran kecuali bantal dan katil di hadapan mata.

Dan seperti biasa, gue akan menunggu panggilan dari Mr.1 bermula 1.45pm selepas waktu kerja kecuali sekiranya terdapat beliau terpaksa menghadiri mesyuarat di waktu petang. Ciss~

Mempunyai bilik single sendiri tanpa seorang roomate sememangnya awesome gila (pada awalnya) tetapi setelah itu gue dapat merasakan seperti seorang loser yang kesepian. oh noo~



ohmykambing~


Dan kegiatan gue seharian di dalam bilik selain daripada benda2 basic yang seharusnya dilakukan oleh seorang manusia adalah, makan, tidur, makan, tidur, dan tidur. Well, tidak ada apa yang perlu dihairankan kerana di bilik itu tidak ada sesiapa melainkan tuan empunya bilik (gue) ditemani cicak2 yang entah sudah berapa keturunan bermaharajalela di situ. Malah gue jugak sudah biasa bersandiwara dengan dinding batu dan bantal peluk. Yess, they are indeed a good listeners. Sob sob *touching

Begitu lah kehidupan aku setiap hari. Yes, life as a student sememangnya mencabar, selalunya boring tahap gaban dan kadang-kala rasa ohsem gila (musim dapat elaun). Especially student perantau macam aku ni. Sejujurnya dan seikhlasnya aku mengaku teramat lah jeles setiap kali melihat student2 lain berjalan lenggang kangkung balik ke rumah masing2, malah siap tunjuk muka bangga sambil salam cium tangan mak bapak bila nak balik asrama. Ciss~
Sedangkan aku, bukan nak setakat cuti hujung minggu aje, kadang2 cuti semester dan cuti hari raya pun tak dapat balik rumah disebabkan masalah jarak dan kewangan. Uwaaa >_<

Cubalah kau tunjuk balak hensem lagi macho terhangat di pasaran kat aku, well seciput pon aku tak rasa ape2 mahupun jeles. Tak pun kau tunjuk result exam lebih tinggi daripada aku, sikit pon aku tak goyah. Cubalah kau campak duit berjuta2 depan aku, aku cuma angkat kening ziana zain sambil pelan2 kutip duit tu masuk poket. Tapi bila kau bagitau parents nak datang amik, pastu bawa makanan air tangan mak sambil tunjuk hidung kembang, gue rasa nak bagi pelempang laju2 aje...ciss~ oh mama!~ T.T

Aku rasa sampai sini aje la dulu. Nak call bonda terchenta dulu. OH yeahh~~



Yang paling cerah dan chantek tengah2 tuu bonda terchenta. Diapit oleh puteri2 nakal beliau.
Gue yang mana 1? ahaha


Note: Sebarang kesalahan tatabahasa adalah disengajakan dan telah diluluskan oleh tuan punya belog. TROLOLO


Thanks for reading this entry =)



Entry tidak bertajuk


4 comments

Good Morning~~~

Well, baru hari ini aku dapat meng-update entry baru setelah sekian lama berdendam dengan wifi kolej yang tahap kelajuan tidak lebih dari kura2 berjalan. Ciss~ sakit hati >_<

Memandangkan banyak benda aku nak story2 ckit hari ini, but i think it's better if we make it simple right? Macam jerawat aku..semalam xde hari ni tiba2 muncul dengan cerianya di atas dahi aku =_=

Hari ini aku dengan semangat harimau Malaya bukan nak share pasal bola ke sukan tapi pasal sikap buat kerja separuh jalan. Well, of course it's all about me. What I mean about kerja separuh jalan ialah bila y'all bersungguh2 buat suatu kerja tu, then tetiba di pertengahan jalan y'all pon stop kerana lampu isyarat berwarna merah. Or mungkin sebab kerja tu tak la best seperti yang dijanjikan. Kesimpulannya, malas nak buat.

Sesungguhnya aku hanya insan biasa~ wuuuuuu olalalala~ *suara katak lembik. Setiap kali aku nak buat sesuatu, mesti tak sampai habis. Macam order air bandung kat restoran, tapi kau tak habis minum sebab air tu manis sangat or order nasi goreng extra cili padi tapi cili tu pon kau tak makan sampai habis. Ciss, membazir sungguh! =) And macam gue pernah bilang, aku ni dah berabad lamanya nak buang lemak berlebihan dalam badan ni, then masa awal bulan pertama saja aku bukan main gila semangat excercise lompat katak la, lompat kijang, kuak rama2 and kupu2 terbang semata2 nak singkirkan lemak degil dalam badan ni. Hakikatnya, setelah masuk bulan ke 2, aku mula mengunyah twisters, snacks and mister potato pada setiap malam. Dan badan scha alya aku dah bertukar menjadi aoran aziz versi chubby. Oh my kucing!

Seperti blog ini, minggu lepas aku sudah berazam untuk sentiasa menulis entry2 terkini lagi hangat di pasar malam tapi sekarang ini aku mulai berputus nafas kerana sakit hati dengan kelajuan wifi kolej sehingga menyebabkan aku malas untuk meng-update story lg..huh huh huh *sila baca dengan satu nafas
Ciss, hot2 chicken s***! trololo

Talking about college, mr.1 sudah banyak kali asked me about our engagement end of this year. Mulanya, gue punya la super duper eksaited hidung kembang tahap naga kepala lapan, siap survey online butik pengantin area kB, pastu nak cari barang hantaran and so on tapi sekarang ini, aku yang dahulunya eksaited tahap gaban dah rasa biasa2 jer pasal benda ni. takde ape pon nak eksaited. gedikss je lebih~ mungkin sebab aku rasa masih awal lagi nak bincang pasal tu unless dah jumpa parents masing2. Mesti parents aku terkejut bangett ingat aku dah gataiii nak kawenn. OH my kambing~

Anyway, aku rasa sampai sini je la dulu. Sebelum aku mula panas baran dengan wifi yang macam biskut oreo ni, adalah lebih afdal sekiranya aku berhenti menaip dan mula membuat tugasan2 yang diberikan lecturer. Fighting~ kononnye laa..awal2 jer tuu

Thanks for reading this entry =)

Delay..delay..cancel T.T


0 comments

Assalammualaikum...

Happy new year 2013 to all <3

Tengah syok2 berdengkur, tiba2 aku terjaga pukul 4am sebab rasa panas pula. Siapa yang tutup aircond nih?? Sambil mamai2, aku pon bka msg kat henset sambil baca2 msg tahun baru. Then, tiba2 pula ade notification bagitau flight pukul 9.45am cancel then kena naik flight pukul 2.55pm. Aku ingatkan sape buat lawak pagi2 tahun baru ni. Laa..airasia pula.

Masa tu hilang terus rasa mengantuk, lebih2 lagi tengah memerah otak macamana nak setel problem nih sebab flight dr lcct ke kbr pukul 3pm. Mana la sempat nak sampai lain la kalau naik kapal terbang berkuasa turbo ke...~

Walaupape pon, alhamdulillah aku tetap bersyukur sebab akhirnya dapat jugak aku menghirup udara di negeri cik siti wan kembang ni walaupon hidung aku tak berapa nak kembang sebab masih rindukan nenek, ayam, kucing, puppy, and family aku kat rumah. Oleh itu, aku mesti tabah..tabah..isk isk..dan..tabah...
Uwaaaa..nak balik!! >_<

Kalau tau awal2 flight pagi cancel, kena naik flight petang, mungkin tepat 12am kelmarin itu aku sedang berseronok sakan bermain air dengan kazen2 giler2 lepas tu karaoke sambil makan bbQ. *telan air liur
Well, family besar aku ni unique sikit. Memang 1Malaysia sebab tu bole sambut macam2 perayaan. =)

Oleh kerana aku baharu saja siap menguruskan najis2 cicak durjana dan habuk2 bakteria yang telah bermaharajalela sepanjang cuti kuliah, maka aku ingin mengundurkan diri untuk tidur dengan sesuka hati. Sebelum itu, aku ingin memohon maaf sekiranya terdapat terkasar bahasa atau kesalahan vocabulary sepanjang tahun 2012. Semoga tahun baru 2013 ini memberi semangat baru untuk aku menghabiskan azam tahun lepas yang tak kesampaian lagii..huhu Dan harap2 la malam ni bole mimpi makan kfc ke laksa penang ke kerana en.gastrik aku sedang berlatih aerobik di dalam perut akibat menahan lapar yang amat. Sakit amat deh~ >_<

Selamat tidur dan bermimpi semua u_u

Thanks for reading this entry =)
 

kawaiiblog | NET-TEC Internetagentur of Kaminofen Bausatz. Stahltreppen of Brautmode.
Bintang keadilan?-Libra©2008
KawaiiBlog Template For Blogger - Modified by Themerious