Hujan lagi~


Assalammualaikum..

Dah 2 hari hujan hujan season melanda negeri cik siti wan kembang ni. Aku pon ape lagii..time2 macam ni la memang favourite part aku untuk bercanda dan bermanja dengan selimut tebal dan bantal kecayangan..mmuahh mmuuaah! (phuuihh) Lagi2 cuti hujung minggu..nah! apa lagi bahh~

Aku ni bukan suka sangat kalau musim hujan, jenuh la nak tunggu kain kering dekat ampaian. Kalau kering pon, bila pegang mesti rasa sejjjukk jer kain tu, pastu bau masemmm. Bila masa softlan bau masemm nih? Lagi2 aku ni spesies tak tahan sejukk. Kadang2 tengah hari lepak dalam bilik pon leh rasa sejuk, kipas pon tak pernah lebih dari kelajuan 1 kalau nak tidur. Padahal kalau kat rumah tu, kipas tu sentiasa berpusing 24jam tanpa maaf sebab waktu malam pon rasa panas..ish2

Penah aku naik keta ngan mr.1, kejap2 aku turn on aircond keta, kejap2 off. Aku tengok mr.1 rileks jer drive keta ngn penuh cermat maka aku pon ambil kesempatan untuk bermain2 butang aircond keta beliau. Mungkin dalam hati, beliau rasa nak turunkan aku tapi sape nak jadi co-pilot kat sebelah kalau aku takde? ececeh~ phuuihh
Sebab tu la setiap kali musim hujan, aku memang tak buka kipas langsung kat bilik. Kecuali waktu nak tidur. Sebab nyamuk2 di sini sangat la kebal walaupon kau dah sembur dengan ridsect or shieldtox dsb. ciss~

Lagi2 time2 sejuk macam ni la, selera makan aku mengada2. Nak makan yang panas2 jer.  Lepas tu kalau nak bungkus makanan pon mesti nak yang masih fresh2 panas lagi, sebab kalau dah sejuk amat la tidak seronok untuk makan di bilik. Tak boleh minum air sejuk nanti kembung perut kononnya. Kecuali ice blend chocolate + black pearl  dekat coolblog kerana ianya satu kewajipan untuk membeli minuman fav aku walaupon pada waktu hujan. Tapi sekarang ini, aku coba mengawal selera dinosaur ini daripada bermaharajalela. Ini betul2..bukan COBAAN~ hehe

Okehh gue harus makan sekarang. Menu? Oat sajee..hee Harus bijak mengawal dinosaur opps selera makan agar mr.1 tak terkezutt kalau saiz jari aku lagi besar dari dia bila nak pilih cincin tunang. trololo

Thanks for reading this entry =)

0 comments:

Post a Comment

 

kawaiiblog | NET-TEC Internetagentur of Kaminofen Bausatz. Stahltreppen of Brautmode.
Bintang keadilan?-Libra©2008
KawaiiBlog Template For Blogger - Modified by Themerious