Joe, ni aku!


Lepas kali ke 2 ratus kali berfikir, aku pon click button "create blog" untuk ke sekian berapa kalinya..huu *sigh Kalau ditambah darab bahagi, aku sebenarnya dah banyak kali berblog pastu delete, pastu blog, pastu delete dan begitu la seterusnya kehidupan lama aku. Tetapi memandangkan aku IQ matematik memang 1.0 lebih rendah daripada budak tahun 5 maka anggap jer ini pertama kali aku buat blog pada tahun ini.. Mudah kan? =)

Walaupon bukan seorang newbie sebenar, tapi aku tetap perlukan sokongan daripada readers and geng2 bas skola untuk tabah melibatkan diri dalam dunia blogging ni. Fighting! *mata bersinar2
Blog baru, tahun baru, attitude baru but aku masih orang yang sama. Yeah, joe aku bah ni! Bila bercakap pasal 'baru', aku kena mengaku yang luaran aku semuanya baru. Why? sebab aku dapat lapisan lemak baru, then pakaian aku pon semuanya saiz baru kerana saiz lama tak muat. If u know what i mean laa.. =P
Then bila jumpa geng lama, hampir2 semua aku nak belasah sebab buat2 sombong. Alasan, kononnya tak kenal ingatkan makcik gemuk sape (?) Ciss..

Ok, sebelum aku melalut dengan lebih panjang lagi, abaikan je la benda remeh itu. Biar badan makin naik, asalkan senang hati..hehe Betul kan?

0 comments:

Post a Comment

 

kawaiiblog | NET-TEC Internetagentur of Kaminofen Bausatz. Stahltreppen of Brautmode.
Bintang keadilan?-Libra©2008
KawaiiBlog Template For Blogger - Modified by Themerious